Friday, October 30, 2015

Apa yang ultrakiasu mahu?

Kenapa banyak sangat orang Cina yang mendapat tempat di Singapura? Hanya pemimpin mereka sahaja yang boleh menjawab.

Bagaimana menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Mereka terus membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam.

Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama) malah lebih beruntung daripada sekolah kebangsaan.

Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi sistem pembelajaran untuk anak Cina terus ditentang waimah ini adalah Bahasa Kebangsaan. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP.

Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?

Jika Ultrakiasu sangat menginginkan bakat dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai bakat tersebut.

Kita mahukan bakat yang membina bukan bakat yang menghancurkan negara. Bakat yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan bakat yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.

Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?

Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah ultrakiasu bertaubatlah.

Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang mengalir dalam diri saya amat saya faham sejak dari dulu. Hati Melayu terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hati Melayu nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.

Baru-baru ini saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan.

Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.

Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran ultrakiasu.

Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura pernah berterima kasih kepada kita?

Apa sebenarnya yang ultrakiasu mahu ? Ultrakiasu tidak pernah berhenti bersuara melalui DAP supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.

Hidup Melayu biarlah hidup yang bermartabat !

Salam Perjuangan !!!


Thursday, October 29, 2015

Maruah Melayu bila di hina ?

Kalau kita pergi ke muzium Singapura, pertama kali kita melangkah, (ditulis), ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberi Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat dia sendiri (dan) pelancong.

Oleh kerana itulah Melayu ini dibenci di luar negara kerana bangsa kita ini terutamanya Singapura ni, mereka amat mencemburui bangsa Melayu ini.

Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.

Menurut kajian dan pembacaan saya mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.

Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.

Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu.

Cuba kita lihat sejarah Melayu siapa yang mengelilingi dunia yang di gelar "Henry The Black" atau Panglima Awang. Kita perlu berbangga dia berbangsa Melayu !

Cuba kita lihat sejarah kapal "Flor De Amar" milik Belanda yang menjarah harta kerajaan Melaka yang kini tenggelam di lautan yang bernilai hampir 2.6 Billion. Harta itu berupa patung emas dan hakmilik istana kerajaan Melaka kerajaan terhebat pada masa lampau. Siapa pemilik harta itu kalau bukan orang Melayu?

Cuba kita fikir kenapa Universiti Al Azhar Mesir pelopor Ahli Sunnah Waljamaah memilih cawangan Universiti mereka yang kedua di Malaysia sedangkan banyak lagi tempat lain mereka boleh pilih? Ini kerana mereka mempercayai bahawa bangsa Melayu atau Jawi bangsa yang terbaik !

Ustaz saya yang belajar di Madinah dan Mekah pernah mengatakan antara pemilik tiang-tiang di sana untuk menyampaikan ilmu ada kalangan guru dan ulamak adalah bangsa Melayu. Banyak buku-buku dalam tulisan Jawi Melayu seperti penulisan Syeikh Idris Marbawi , Bahrol Mazi , Syed Jitra melalui kitab Tafsir Arab terkenal Nurul Ihsan merupakan orang Melayu. Hebatnya bangsa Melayu ! Banyak lagi kehebatan bangsa Melayu jika kita kaji sejak dulu lagi.

Saya harap Melayu perlu menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud 'orang gunung'. Kita sudah puas di hina dan di rendahkan martabat oleh bangsa luar. Tidakkah kita terfikir kenapa bila kita jumpa mat saleh kita akan panggil mereka "Sir" atau tuan sedangkan mereka bukan tuan kita? Cukuplah kita di hina oleh penjajah luar dari segi mental. Jangan biarkan mereka menulis lagi sejarah Melayu !

Hidup Melayu biarlah Hidup yang bermartabat !



Monday, October 26, 2015

Sedarlah Wahai Bangsa Melayu

Orang Melayu adalah amat mustahil untuk menjadi bangsa yang rasis/perkauman/asabiyah melampau. Ini kerana dari segi pengalaman sejarah, orang Melayu sudah biasa dengan kehadiran orang-orang asing kerana orang Melayu yang bertamadun tinggal di persisiran pantai, di bawah kerajaan entrepot (pos perdagangan). Ini berbeda dengan bangsa Cina yang asal dari Benua Besar China. Mereka agak “isolated” dan bersifat “agrarian” (pertanian) dan jarang keluar (non-migratory).

Tidak hairanlah mereka – dengan Tembok Besar Cina – seperti halnya Romawi, melihat apa-apa yang diluar lingkungan mereka adalah “barbarian” (kaum biadap). Dan mentaliti ini menghasilkan mentaliti komunisme bilamana berlaku Diaspora Cina ke Alam Melayu pada awal abad ke-19.

Kehadiran kaum Cina ke Alam Melayu merupakan bukan sahaja perancangan British tetapi ada “push factor” dari Negara Cina sendiri yang memaksa golongan miskin, petani yang diistilahkan sebagai “coolie”/”kuli” untuk berhijrah mencari “greener pasture” di Alam Melayu.

British melihat ini sebagai satu peluang mendapatkan “tenaga buruh yang murah” (cheap-hard labour) bagi mengusahakan lombong timah dan bermacam-macam lagi.

Almarhum Profesor Ismail Raji al-Faruqi – dalam karyanya “Islam and the Problem of Israel” berpendapat memang tabiat British dalam jajahan bawah takluknya untuk membawa masuk bangsa asing (alien race) sebagai satu amalan “dasar pecah dan perintah”. Malaysia dan Palestin adalah salah satu contoh. Bezanya, kita orang Melayu berjaya capai kata muafakat dengan bangsa Cina, India untuk “give and take” dalam eksperimen menuju negara bangsa yang baru tetapi tidak di Palestin antara Arab dan Yahudi.

Memang tok nenek (ancestors) bangsa Cina yang ada di Malaysia pada dahulunya tidak berhajat untuk tinggal di sini. Niat mereka tak jauh beda dengan pekerja asing dari Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Indonesia yang datang ke negara kita untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga di kampung. Sebab itu silibus pendidikan bangsa Cina sebelum Merdeka berkiblatkan Tanah Besar China. Kesetiaan mereka dtumpahkan ke sana, bukan Tanah Melayu. Mereka tidak dapat pulang selepas meletusnya Perang Saudara antara Kuomintang dan Komunis. Kemenangan puak Komunis di China menipiskan lagi peluang untuk mereka pulang kerana dasar nasionalisasi yang menjadikan harta, tanah milik imigran China menjadi milik Kerajaan Pusat (The State): satu ciri utama “dasar centralization” Komunisme.

Sebab itu mereka tidaklah boleh disamakan dengan bangsa Cina yang kita istilah sebagai “Baba-Nyonya” yang datang ke sini ketika zaman Kerajaan Melayu-Islam Melaka bukan sekadar ingin membanting tulang tetapi turut sama “bermulazamah” dengan budaya tempatan maka berlakukan “fusion” yang menghasilkan budaya unik antara “Cina” dan “Melayu” itu.

Mereka – golongan Chinese Diaspora yang datang ke Alam Melayu dengan naik tongkang, bukan seperti kapal Mayflower- kata Prof. Al-Attas kepada Lee Kuan Yew, tidak mewakili pemimpin Peradaban Cina yang kaya dengan budaya, intelektualisme, falsafah yang tinggi. Manakan sama dengan pelayan India dari Tamil Nadu yang kerja di kedai mamak, yang bukan daripada golongan Brahmin dengan “cultural leader” seperti Rabinrandth Tagore, Nehru, Gandhi?

Oleh sebab itulah kita orang Melayu yang punya peradaban ribuan tahun, yang menjadi lebih hebat dengan hadirnya Islam, wajib dan terlebih layak menjadi Tuan (Owner/Leader) dan bangsa yang akan menjadi TERAS kepada pembentukkan Bangsa Malaysia yang tulen kelak.

Oleh itu juga, kita orang Melayu walaupun dari segi kewarganegaraan sama dengan bangsa Cina, India dan lain-lain, kita dari segi sumbangan dan hak-milik makna diri tidak sama kerana kita adalah pewaris daripada pengorbanan dan kejayaan tok nenek kita yang bangunkan peradaban Melayu Raya di rantau ini.

Kita boleh kongsi hasil bumi negara tercinta ini dengan bangsa-bangsa lain yang sudah menjadi warganegara yang sah dan orang Melayu tidak cemburu sebab kejayaan orang Melayu dambakan bukan saja di Dunia tapi Akhirat rezeki yang penuh Baraqah.

Ini tidak bermakna orang Melayu boleh duduk senang, pemalas, dan culas dalam menjalankan amanah memimpin. Korupsi, rasuah, yang berleluasa dikalangan pemiminpin Melayu yang banyak memimpin, memang wajar dikecam oleh semua bangsa. Tapi janganlah sampai melampaui batas sampai tamak haloba nak sapu habis kuasa politik orang Melayu. Ada cara untuk kita perbetulkan masalah yang ada tanpa membuka Kotak Pandora “perang perkauman” seperti 13 Mei Dahulu.

Untuk kita capai tahap itu adakah perlu biarkan sampai mereka meminta untuk buang slot kaum pada borang, nak mintak jadi Timbalan Perdana Menteri dan macam-macam lagi? Orang Melayu cuma nak lihat perpaduan Kebangsaan yang tulen, berasaskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dipersetujui dahulu diamal laksanakan oleh semua kaum dan bangsa di negara ini dengan menghapuskan "Sekolah Vernakular".


Sunday, October 25, 2015

Perkasa Sekolah Kebangsaan Hapus Sekolah Vernakular !

Mewujudkan masyarakat yang utuh diikat oleh nilai kebersamaan yakni nilai kebangsaan atau nilai nasional masih merupakan cita-cita yang tidak tercapai. Malah semakin hari nilai kebangsaan ini semakin diperkecilkan oleh pihak tertentu yang cenderung mengobarkan chauvinisme. Akhirnya sehingga hari ini masyarakat Malaysia wujud sebagai suatu bentuk masyarakat selari atau parallel society, iaitu masyarakat yang hidup dalam negara yang sama tetapi berjuang dan bergerak dalam kepentingan kelompok atau kaum masing-masing. Lebih buruk lagi setiap kelompok kaum meletakkan kepentingan kelompok kaum masing-masing di atas kepentingan nasional.

Banyak faktor yang membawa kepada perpecahan dan perjuangan kepentingan kelompok kaum ini antaranya warisan kolonial, politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Namun apa yang paling malang ialah sehingga hari ini Malaysia masih tidak mampu untuk mewujudkan suatu sistem pendidikan kebangsaan yang benar-benar bersifat satu bangsa, satu bahasa dan satu negara.

Sebaliknya sistem pendidikan Malaysia mewujudkan sistem pendidikan majmuk yang berakar dari zaman kolonial dan zaman imigran yang anakronisme, yakni sudah tidak berada dalam zamannya lagi. Sistem pendidikan kebangsaan menjadi sesuatu yang janggal apabila berada selari dengan pendidikan vernakular yakni sekolah Cina dan Tamil yang terletak ’di luar’ sistem pendidikan kebangsaan itu sendiri.

Malah lebih janggal lagi apabila institusi pendidikan vernakular ini memberikan saingan secara terang-terangan kepada institusi pendidikan kebangsaan, sehingga dalam keadaan tertentu ia seperti berada dalam keadaan ’memperkecil dan memusuhi’ sistem pendidikan kebangsaan. Walaupun sistem pendidikan vernakular ini diiktiraf dan diperakui dengan termaktubnya Akta Pendidikan 1996, tetapi timbul persoalan apakah wujud keperluan untuk mempertahankan sistem pendidikan vernakular dalam melihat kepentingan dan sumbangannya terhadap perpaduan masyarakat Malaysia yang lebih besar dan menyeluruh.

Sejarah pendidikan vernakular sebenarnya lebih terarah kepada sistem pendidikan Cina yang wujud pada awal abad ke-20 di Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya ketika itu. Teras sebenar kepada sistem pendidikan vernakular yang memperteguhkankeberadaan situasi parallel society ini sebenarnya terletak kepada gerakan dan sejarah pendidikan Cina di Malaysia. Menurut Cheong Yuen Keong dalam bukunya Gerakan Pendidikan Cina di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong(1970-2002) menyatakan bahawa gerakan pendidikan Cina merupakan satu perjuangan sosial yang menuntut agar pendidikan bahasa ibunda Cina dikekalkan. Gerakan ini berjaya mendapat penyertaan dan dukungan daripada masyarakat Cina dan berlanjutan dalam jangka waktu yang panjang serta membawa kesan dan pengaruh yang luas.

Gerakan ini berasal dari akar umbi dan dipimpin oleh satu kumpulan kepentingan atau interest group iaitu Dong Jiao Zong. Perjuangannya pada peringkat awal adalah untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap pendidikan Cina dalam sistem pendidikan negara. Kini ia berperanan sebagai kumpulan pendesak dalam penggubalan dasar kerajaan yang berkaitan dengan pendidikan Cina.

Sejarah pendidikan Cina bermula dengan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu yang membawa bersama penubuhan sekolah Cina di merata tempat sekitar awal abad ke-20. Pada mulanya kerajaan kolonial British membiarkan penubuhan sekolahvernakular terutamanya sekolah Cina ini, tetapi pada tahun 1920 British memperkenalkan Ordinan Pendaftaran Sekolah 1920 yang dilaksanakan untuk mewajibkan pendaftaran semua sekolah dan guru agar kerajaan British dapat mengawal sekolah Cina. Hal ini mendapat tentang daripada guru-guru dan pemimpin sekolah Cina, lalu mengemukakan petisyen kepada kerajaan British di Tanah Melayu dan Pejabat Luar Negeri di London untuk memansuhkan ordinan tersebut.

Kerajaan British tidak bersedia menarik ordinan tersebut sebaliknya membawa lima orang wakil pendidikan Cina Singapura ke mahkamah dan kemudian dihukum dengan dihantar pulang ke negara China. Pada zaman Jepun, sekolah Cina telah diharamkan sama sekali. Setelah perang berakhir, British kembali berkuasa di Tanah Melayu dan mula mengambil langkah yang lebih bersifat jangka panjang dalam sistem pendidikan. Kerajaan British melihat bahawa sekolah Cina dan sekolah vernakular adalah faktor utama yang menghalang penyatupaduan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Maka British mengambil pendekatan untuk menyekat perkembangan sekolah Cina. British mengemukakan Cheeseman Annual Report on Education in the Malayan Union 1946 dan Laporan Pendidikan Holgate 1950 untuk mewujudkan sistem persekolahan yang seragam kepada semua kaum di Tanah Melayu.

Pada tahun 1946, sudah terdapat 1078 buah sekolah Cina dengan pelajar berjumlah 168,303 orang di Tanah Melayu. Pentadbir dan guru sekolah Cina telah mengadakan mesyuarat peringkat negara di Singapura pada 6 Mei 1946, lalu membentuk Jawatankuasa Bimbingan Pemulihan Sekolah Malaya untuk memulihkan sekolah Cina. Jawatankuasa ini merupakan landasan kepada penubuhan Jiao Zong lima tahun kemudiannya. Dalam merealisasikan sistem pendidikan kebangsaan yang bertujuan menggalakkan integrasi kaum dan seterusnya membawa kepada pembinaan bangsa, British telah mengemukakan Laporan Barnes pada 10 Jun 1951.

British seterusnya menyeru masyarakat Cina dan India agar menerima sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat satu aliran ini. Laporan Barnes mengemukakan syor agar sistem pendidikan vernakular dimansuhkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan yangmenggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sekolah kebangsaan akan diberikan kemudahan yang terbaik agar menjadi sekolah yang paling bermutu. Masyarakat Melayu menerima Laporan Barnes sebagai sesuatu yang baikbagi perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta permulaan untuk melakukan reformasi yang menyeluruh dan bersifat kebangsaan dalam sistem pendidikan. Namun guru-guru sekolah Cina dan pihak yang bersimpati dengan mereka menentang dengan keras cita-cita untuk mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan ini sepertimana yang dikemukakan oleh Laporan Barnes.

Satu konvensyen Persatuan Guru-guru Cina seluruh Malaya diadakan di Dewan Besar Persatuan Hokkien Kuala Lumpur pada 24-25 Ogos 1951 untuk membantah Laporan Barnes. Konvensyen ini telah membawa kepada usul penubuhan Gabungan PersatuanSekolah Cina Se-Malaya iaitu Jiao Zong yang dirasmikan pada 26 Disember 1951.

Jiao Zong menjadi kubu serta landasan untuk melancarkan penentangan serta tuntutan dalam memperjuangkan kelangsungan pendidikan sekolah Cina di Tanah Melayu. Selain menghantar memorandum dan petisyen, Jiao Zong juga telah berusaha mendapatkan sokongan masyarakat Cina, institusi masyarakat Cina, dan parti politik masyarakat Cina di Tanah Melayu sehingga menjadikan Jiao Zong sebagai ’gergasi yang perkasa’ dalam perjuangan gerakan pendidikan Cina di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan, dan membawa kepada era kemerdekaan.

Sejarah awal gerakan pendidikan Cina di Tanah Melayu pada era pemerintahan British menunjukkan tentang keinginan yang sangat kuat golongan berpendidikan dan berpengaruh masyarakat Cina untuk mewujudkan sistem pendidikan Cina yangtersendiri, serta tidak bercampur dengan masyarakat lain khususnya masyarakat Melayu yang merupakan masyarakat peribumi.

Keinginan dan cita-cita untuk mempertahankan sikap chauvinisme ini selalunya disembunyikan dengan slogan memperjuangkan bahasa ibunda dan budaya masyarakat Cina. Namun pada hakikatnya golongan elit yang merupakan kumpulan kepentingan ini berjuang untuk mewujudkan suatu bentuk parallel society yang bergerak seperti serampang dua mata; iaitu mewujudkan masyarakat Cina yang terpisah melalui sistem pendidikan dan pada masa yang sama menjaga kepentingan ’ekonomi perkauman’ yang menentukan kelangsungan hidup masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Masih Relevankah Sekolah vernakular di saat ini di saat terhapusnya ISA ? Relevankah kata-kata PM sekolah vernakular tidak boleh di hapuskan kerana tiada dalam visi BN ? Cuba kita renung dan lihat apa akan jadi pada generasi akan datang jika sekolah vernakular masih wujud dalam menyemai bibit perkauman sejak di bangku sekolah lagi. Negara mana yang membenarkan sistem pendidikan ini kecuali Malaysia ?






Tuesday, October 20, 2015

Kemenangan dan Silaturahim

Adat pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Kita hanya merancang tetapi sebaik-baik perancangan daripada Allah s.w.t.

Adakah bila kita memberi dan yang lain juga memberi seperti kita ? Adakah perlu kita menoreh lagi luka yang kian dalam ? Mari sahabat kita rapatkan ukhwah dan jadikan pertandingan ini seperti pentas dunia. Menang hanya dapat tepukan sebagai halwa penyejuk telinga. Tapi kita perlu ingat amanah yg di pikul nanti akan di tanya kelak. Janji bukan sekadar janji kerana itu pasti akan menjadi saksi di akhirat nanti. Saya ingin memberi perkongsian kemenangan yang hanya merosakkan perhubungan untuk menjadi inspirasi dalam perjuangan.

KEMENANGAN DIPEROLEHI TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah…

Belajar terus Belajar. ..


Thursday, October 15, 2015

Calon Tunggal Gpms Melaka

Saya secara peribadi amat mengenali calon tunggal Gpms Melaka yang bertanding Naib Presiden Gpms Kebangsaan. Secara ironi beliau telah bertanding sebanyak 2 kali sebelum ini. Saya pernah di amanahkan untuk pegang jawatan Penolong SU , YDP Gpms Bandar Melaka , Ketua Penerangan Gpms Melaka dan terbaru ini sebagai Setiausaha Gpms Melaka. Satu amanah yang amat berat bagi saya. Penglibatan saya dari sebelum kahwin sehingga selepas kahwin hampir 7 tahun peringkat negeri telah memberikan banyak pengalaman pada saya untuk mendalami Gpms dengan lebih mendalam. Sebelum ini saya hanya mengenali Gpms dari kelas tuisyen sejak berumur 15 tahun dari gerakan akar umbi dalam martabatkan agama, bangsa dan tanah air.

Melalui Gpms saya telah berjaya mulakan kelas Al-Quran , Silat , Fardhu Ain dan bahasa arab bersama isteri saya yang kini mempunyai anak murid lebih 50 orang dan paling tua berumur 29 tahun. Terima kasih buat kekanda pengerusi Gpms Melaka yg banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih GPMS. Saya ingin memperkenalkan calon tunggal Gpms Melaka.


Perkenalan Calon Naib Presiden GPMS 2015-2018.

Misi perjuangan calon Naib Presiden GPMS sesi 2015-2018, En. Mohd. Marwan Bin Abu Kassim dan juga sedikit latar belakang beliau, taraf pendidikan dan juga penglibatan beliau bersama dengan NGO.

MISI

1. Memperjuangkan hak org Melayu terutamanya para pelajar Melayu yang bersekolah di luar bandar atau sekolah-sekolah berprestasi rendah;
2. Mempertingkatkan angka kemasukan pelajar Melayu ke Universiti;
3. Memperbanyakkan & mendesak kerajaan mewujudkan semula asrama desa.
4. Memastikan pelajar Universiti mendapat pembelaan sewajarnya termasuk memastikan GPMS diwujudkan di seluruh Pusat Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta.
5.Memastikan GPMS akan terlibat dalam semua jawatankuasa yg berkaitan dgn Pendidikan Tinggi dan Pelajaran; di mana wakil GPMS perlu bsama dlm.pembentukan dasar.
6. Memperkasakan Majlis Mahasiswa Negara seperti Parlimen Belia supaya sebarang persidangan/perjumpaan Menteri Pelajaran dgn KP Pelajaran dan Menteri KPT akan melibatkan pandangan GPMS secara tidak langsung.
7. Memastikan wakil-wakil GPMS diletakkan dlm Kementerian tertentu sekaligus memastikan agenda memperkasakan Melayu tercapai sebagaimana perjuangan UMNO.


LATAR BELAKANG
Nama: Mohd Marwan Hj. Abu Kasim
Tarikh Lahir: 6 September 1978
Umur : 37
Asal : Melaka
Status: Berkahwin

Anak ke-4 dari 7 orang adik beradik. Memiliki 3 orang cahaya mata, seorang putera dan 2 orang puteri.

TARAF PENDIDIKAN

Pendidikan Tinggi:
a) Sedang menghasilkan proposal untuk paper PhD, in shaa Allah di Uni. Kebangsaan Malaysia (UKM)
b) Sarjana Pentadbiran Awam (MPA), Universiti Malaya (UM)
c) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran (B.A Hons), Uni. kebangsaan Malaysia (UKM)

Pendidikan Menengah:
a) SM St Francis
b) SMK Durian Daun
c) SMK Munshi Abdullah

Pendidikan awal:
a) SRK Seri Bandar

PENGLIBATAN BERSAMA NGO

Penglibatan bersama NGO semenjak berusia 17 tahun dan sehingga kini.
Penglibatan awal beliau dengan GPMS ialah ketika beliau menghadiri kelas bimbingan GPMS ketika itu diketuai oleh Allahyarham Cikgu Yaamah dan Cikgu Md Lasah, yang merupakan orang kuat GPMS Melaka pada ketika itu.

Antara jawatan yang dijawat oleh beliau sepanjang penglibatan beliau bersama GPMS ialah seperti berikut:

a) Pengerusi GPMS Negeri Melaka (2009 - kini)
b) Penolong Setiausaha Agung GPMS (2012-2014)
c) YDP GPMS Ayer Keroh
d) Bendahari GPMS Melaka (2008)
e) K. Penerangan GPMS Melaka (2002)

Antara penglibatan beliau bersama NGO selain dari GPMS ialah seperti berikut:

1. Pengerusi GB4B Kg. Durian Daun
2. JK GB4B Kwsn. Kota Melaka
3. Dinamakan sbg SU Negeri (Penaja) semasa GB4B diletakkan di bwh ROY.
4. Ahli Lembaga Masjid Pengkalan Rama Melaka
5. Tim. Pengerusi Biro IPT; Majlis Belia Malaysia, Melaka (2012/14)
6. Tim. Pengerusi KRT; Tmn Cheng Perdana (2012-2014)
7. Timb. Pengerusi PEKIDA Negeri (2011-2012)
8. YDP PIBG SMDD (2010)
9. AJK Biro Usahawan MGBM (2008/10)
10 Setiausaha PEKIDA Negeri Melaka (2002-2009)
11. S/U Biro Pendidikan Sukarelawan Al Taqwa MAIM
12. S/U Biro Pendidikan, Biro Sukarelawan DMDI
13 Tim. YDP Persatuan Seni Silat Gerak Insan Melaka
14. Pengerusi Kelab Motor Skuter Melaka (1998/00)

LATAR BELAKANG KERJAYA

Kerjaya terkini:

Pen. Pendaftar,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pengalaman Kerjaya:1. Pengurus Sumber Manusia Pandanusa Island Resort Melaka (2008)
2. Pen. Pengurus Psmasaran Akhbar Melaka.Hari Ini (2008/2009)
3. Pem. Kewangan; Jbtn Akauntan Negara, Cwgn Melaka (2007-2008)
4. Dipinjamkan ke Jabatan Ketua Menteri sbg Pegawai. Khas kpd YAB Ketua Menteri - btanggugjwb khas utk pelajar (2010- 2011)
5. Dilantik YAB sbg Pengarah NGO Melaka (2012)
5. Ketua Pegawai Operasi; Akademi Teknologi Hijau Melaka (2013)

Diharapkan dengan sesi perkenalan ringkas oleh terhadap bakal calon Naib Presiden GPMS Kebangsaan 2015-2018, En. Mohd Marwan Bin Abu Kassim ini akan dapat membantu serba sedikit untuk para perwakilan GPMS yang akan turun mengundi pada Oktober 2015 nanti untuk mengenali beliau dengan lebih rapat supaya mempertimbang dan membuat pilihan yang bijak dan akan mengundi beliau sebagai salah seorang Naib Presiden GPMS sesi 2015-2018

Terima kasih,

"BELAJAR TERUS BELAJAR"
"GPMS: SINGA PERJUANGAN BANGSA"




Sunday, October 11, 2015

Bunuh Hang Nadim muncul Hang Jebat.

“Berapa ramai pekerja yang kekal sejak awal penubuhan syarikat?” tanya saya kepada sahabat saya.

“Bilangan jari. Ramai pekerja baru. Saya tidak bimbang… saya punya kemampuan kewangan untuk mendapat tenaga-tenaga baru. Yang berhenti atau diberhentikan mudah sahaja mencari gantinya.”

“Itu petanda yang tidak berapa elok, “ jolok saya tiba-tiba.

“Mengapa?”

“Jika pekerja kerap bertukar ganti… itu menunjukkan syarikat awak belum berjaya, “ kata saya berlapik.

“Tapi syarikat sentiasa buat keuntungan berganda setiap tahun!”

Saya senyum. Betapa dia hanya fokus kepada keuntungan. Pada hal ukuran pencapaian sesebuah berdasarkan ‘Balance Score Card’ syarikat ada empat – tercapai objektif kewangan, kepuasan pelanggan, proses kerja dalaman yang baik dan faktor pembelajaran dan perkembangan pada warga kerja.

“Awak hanya fokus kepada telur emas tetapi tidak menjaga angsanya,” kilas saya tiba-tiba.

“Maksud awak?”

“Tentu awak pernah dengan cerita angsa bertelur emas. Seekor angsa bertelur emas sebiji sehari. Tuan punya tidak sabar menunggu. Disangkanya dalam perut angsa ada banyak telur lalu angsa itu dibunuh dan dibelah perutnya…”

“Awak tahu apa hasilnya pada pemilik angsa? Telur emas tidak dapat dan angsanya mati. Rugi berganda. Begitulah akibatnya jika hanya fokus kepada produktiviti dan kualiti kerja tetapi menafikan perasaan, jiwa dan kebajikan pekerja,” tambah saya dengan cepat agar penjelasan saya tidak dipotong.

Dahinya berkerut. Nampaknya dia mula berfikir dan cuba memahami input yang saya cuba sampaikan.

“Tetapi saya masih mempunyai beberapa orang pekerja yang setia. Mereka sangat patuh dan sentiasa memberi kerjasama…”

“Awak perlu bijak membezakan antara pekerja yang setia dan pengampu. Di keliling awak kadangkala hanya seorang pengampu bukan yang bijak dan kritis, ” celah saya agak tegas.

“Saya tidak suka orang yang kritis. Bagi saya mereka adalah duri dalam daging. Orang yang menikam kita dari belakang. Mereka seperti ini saya cantas dengan cepat.”

“Itu hak awak. Tetapi syarikat jangan dilihat sebagai organisasi membuat keuntungan sahaja tetapi perlu dijadikan sebagai institusi pendidikan. Kita perlu memberi ilmu, mendidik, mendengar, menghargai, dan jika memimpin pekerja,” kata saya.

“Antara kebijaksanaan dan kesetiaan, saya memilih kesetiaan,” jawabnya.

“Tanpa perhubungan yang erat dan kasih sayang sejati awak akan hilang kedua-duanya…”

“Saya kira saya telah mendapatnya sekarang,” ucapnya sambil tersenyum. Dia kelihatan begitu yakin.

Saya menggelengkan kepala perlahan-lahan.

“Awak hanya akan dapat pengampu yang bekerja tanpa kreativiti dan inovasi. Mereka hanya hebat membuat kerja rutin. Atau pekerja yang takut dan tertekan dalam diam yang kreativitinya tersekat tetapi belum mendapat tempat lain untuk meninggalkan syarikat!” tusuk saya berani.

Dia menggelengkan kepala. Tidak bersetuju.

“Saya percaya kepada ketegasan. Kita perlu jelas bahawa syarikat bukan sekolah berteraskan pendidikan. Syarikat adalah sebuah organisasi bermatlamatkan keuntungan. Awak tidak faham!”

“Itu betul jika dilihat pada ukuran yang biasa. Tetapi awak juga yang menegaskan sejak awal tadi bahawa awak hendak mengurus dan mentadbir syarikat secara Islam. Islam melihat pekerja sebagai matlamat, keuntungan sebagai alat. Berbeza dengan ukuran biasa yang melihat pekerja sebagai alat untuk mendapat keuntungan.”

“Pekerja sebagai matlamat? Maaf, saya tidak faham.”

“Yang paling berharga dalam mana-mana institusi ialah manusianya. Itulah harta yang paling bernilai. Sama seperti sebuah famili… yang bernilai bukan rumah, kereta dan set perabotnya tetapi manusianya, yakni suami, isteri dan anak-anak. Begitulah dalam sebuah syarikat Islamik, yang paling berharga ialah pekerja bukan yang lain.”

“Habis keuntungan tidak penting?”

“Awak jaga angsanya, insyaAllah ia akan bertelur emas setiap hari,” jawab saya pendek.

“Salahkah saya memberi hukuman?”

“Tidak salah. Mana-mana organisasi mesti ada peraturannya. Tetapi hukuman adalah jalan akhir setelah proses perhubungan, penerangan, perbincangan, penjelasan dan komunikasi yang telus dan tulus dilaksanakan.”

“Saya tidak masa untuk itu… saya sibuk mengurus hal yang lain.”

“Awak seorang pemimpin atau seorang pengurus?” tanya saya.

“Saya pemimpin syarikat ini!”

“Pemimpin perlu fokus kepada manusia. Hanya pengurus yang fokus kepada sistem. Pemimpin perlu mendekati, memberi ruang dan peluang untuk pekerja didengari, bermesra dan menyayangi pekerja. Paling penting, kasih sayang. Kita boleh menyayangi tanpa memimpin tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi.”

“Jadi tak perlu hukuman?”

“Peraturan ditambah undang-undang tetapi tanpa kasih sayang hanya akan mencetuskan pemberontakan!” jawab saya jelas.

“Pemberontakan telah saya padamkan…”

“Yang nampak boleh awak padamkan. Tetapi bagaimana yang terpendam?”

“Yang terpendam biarkanlah. Itu hak mereka. Asal jangan buat tidak senonoh dalam syarikat…”

Saya senyum. Seronok berbincang dengan orang yang berbeza ‘school of thought’ begitu. Kita akan dapat corak fikiran yang berbeza.

“Yang terpendam sebenarnya lebih berbahaya. Mereka akan membatas daya kreativiti dan produktiviti. Mereka akan bekerja di bawah batas kemampuan dan kebijaksanaan. Melaksanakan bekerja tanpa keghairahan dan semangat berpasukan yang tinggi. Nak mengampu mereka tak tega, nak memberi pandangan takut pula jadi Hang Nadim.”

“Hang Nadim?”

“Hang Nadim adalah kanak-kanak bijak dalam cerita Singapura dilanggar todak. Dia boleh berfikir secara kreatif. Think outside the box, kata orang sekarang. Daripada berkubukan betis baik berkubukan batang pisang. Itu pemikiran strategiknya. Akhirnya, Singapura selamat tetapi Hang Nadim tidak selamat.”

“ Apa terjadi kepada Hang Nadim?”

“Dibunuh raja. Kalau masih kanak-kanak sudah begitu bijak, apalagi kalau sudah dewasa nanti, fikir raja. Aku boleh dilawannya, lalu Hang Nadim dihukum bunuh!” kata saya.

Mahu sahaja saya menyoal, berapa ramai ‘Hang Nadim’ yang telah awak ‘bunuh’ dalam syarikat awak? Setelah habis manis, sepahnya dibuang. Namun, tidak tergamak saya bertanya demikian. Tidak berakhlak.

“Tetapi saya tidak begitu. Saya hanya menghukum yang salah, bukan yang bijak.”

“Tidak salah menghukum tetapi pemimpin perlu mendidik dahulu sebelum menghukum. Tanya dan dengarlah penjelasannya. Jangan dengar daripada pengampu. Jika kesalahan dalam bentuk fizikal dan material, dapat hujah nyata atau bukti-bukti yang tertulis. Jika kesalahan dalam bentuk kata-kata dan sikap datangkan saksi yang adil. Jangan bunuh Hang Nadim, nanti muncul Hang Jebat ”

“Wah macam mahkamah pula. Tadi macam sekolah.”

“Seorang pemimpin lebih rela disalahkan kerana tidak menghukum daripada tersalah menjatuhkan hukuman. Takutilah doa orang yang zalim. Orang yang bersalah sekalipun mesti diberi hak diadili dengan saksama sebelum dijatuhkan hukuman!”

“Saya bukan seorang pemimpin negara… saya hanya pemimpin syarikat perniagaan.”

“Sekalipun pemimpin di skala yang paling kecil, semua pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Hendak dengar cerita burung dan ulat?”

Dia memalingkan wajahnya. Tetapi saya terus berkata, “semasa burung hidup dia memakan ulat tetapi apabila burung mati, dia pula yang dimakan ulat. Kita tidak selamanya di atas… walaupun sekarang kita terus menaik ke atas. Mungkin itu hanya untuk meninggikan tempat kita jatuh. Lebih tinggi, lebih sakit nanti. Berhati-hatilah…”

Pemimpin tidak kira dari Parti , NGO atau negara ingat jika hari ini kita membunuh seorang Hang Nadim pasti seribu Hang Jebat akan muncul. Hidup kita tidak selalu di atas tatkala kita di bawah pasti kita akan terkenang apabila kita pernah berada di atas.






Saturday, October 10, 2015

Jawatan dan Amanah Pemimpin.

Negara-negara umat Islam hari ini ramai yang bercakap agama. Tidak juga kekurangan penceramah yang pelbagai style lawak jenaka dan seloka sehingga ceramah agama menjadi ‘new entertainment’ dalam mencari pasaran pendengar dan ‘pembayar’.
Tidak pula kita kekurangan orang-orang politik yang cuba menempelkan diri dengan agama. Sama ada menjadi penaja kepada program-program agama yang membolehkan mereka mendapat political mileage, ataupun mereka sendiri melafazkan kalimah-kalimah yang berunsur agama bagi memboleh rakyat lebih mempercayai mereka. Di samping terdapat juga yang memang ikhlas melibatkan diri dalam semua itu.

Kita tidak kurang kesemua itu. Apa yang menjadi kekurangan kita ialah penghayatan sebenar kepada hakikat agama Islam yang diturunkan Allah untuk manusia. Inti-pati ajaran Islam seperti amanah dalam pengurusan harta awam ataupun kepimpinan negara.
Maka jangan hairan jika setiap negara Islam ada mufti dan pelbagai jawatan agama yang lain, malangnya dalam masa yang sama indeks rasuah, penyalahgunaan kuasa, salah tadbir urus juga cukup tinggi. Rakyat ramai yang tertipu dan telinga mereka tersumbat oleh doa yang dibaca memuja dan memuji penguasa samada menteri, presiden, sekalipun mereka itu mencemari segala amanah yang Allah tanggungkan atas bahu mereka.

Kehebatan seorang penguasa apabila dia amanah terhadap jawatan dan harta negara yang berada di bawah kawalannya. Itulah perkara yang tidak dapat dibuat oleh rakyat, hanya mampu dibuat oleh yang berkuasa kerana dia memegang tampuk kuasa.

Jika mereka tidak amanah, sekalipun memakai pelbagai gelaran agama, ataupun dipagari oleh jubah-jubah agama, mereka tetap pengkhianat. Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid. Namun Nabi s.a.w menyebut:
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”.

Betapa, seorang mati semasa berjuang bersama Nabi s.a.w tetap Allah hukum kerana telah mengambil harta awam dengan cara yang salah. Itu sehelai selendang, bagaimanakah pula jutaan, bahkan ratusan juta harta rakyat.

Justeru itu al-Quran sebelum mendatangkan ayat yang memerintah taat kepada penguasa, didatangkan terlebih dahulu ayat yang memerintahkan amanah diberikan kepada yang layak dan penguasa yang diberikan amanah itu hendaklah memerintah dengan adil. Maka Allah terlebih dahulu menyebut:(maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).
Selepas itu barulah diikuti dengan firmanNYA: (maksudnya)
“Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ 59).
Al-Imam al-Qurtubi menyebut riwayat daripada khalifah Ali bin Abi Talib r.a bahawa beliau menyebut:
“Tanggungjawab imam (pemerintah) adalah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila dia menjalankan tanggungjawab sedemikian maka wajib ke atas muslimin mentaatinya. Ini kerana Allah menyuruh agar ditunaikan amanah dan melaksanakan keadilan kemudian diperintahkan agar rakyat mentaatinya (pemerintah)” (Al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/259, Beirut: Dar al-Fikr).

Amanah adalah isu utama kegagalan "good governance" ataupun urus tadbir yang baik dalam dunia umat Islam hari ini. Di samping soal ‘al-quwwah’ ataupun keupayaan sebagai pentadbir yang baik. Kebanyakan Negara Islam bukannya miskin. Banyak hasilnya, tetapi diuruskan oleh yang tidak amanah dan tidak berkemampuan, maka lemah dan rosaklah negara.

Seringkali mimbar-mimbar Jumaat dan ceramah agama menyebut nama ‘Umar bin al-Khattab, khalifah kedua yang sangat hebat. Apa yang kita teladani daripadanya? Pada tahun 17 dan 18 Hijrah telah berlaku kemarau teruk di Madinah. Rakyat menjadi susah. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata:
“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
‘Umar ilmuwan besar yang menjadi rujukan dalam Islam. Beliau tidak berkata: ‘kenaikan harga barang merupakan takdir Allah, bersyukur dan berterima kasih kepada penguasa’. Beliau juga tidak membuat fatwa yang menyatakan ‘subsidi tiada dalam Islam’.

Sebaliknya beliau dengan penuh amanah dan tanggungjawab di hadapan Allah menghadapi keadaan tersebut.
Kita perlu membetulkan asas kefahaman kita tentang agama. Bukti kesan ajaran Islam bukan pada fesyen dan ceramah tetapi kesannya terhasil akidah yang bersih, ibadah yang sahih dan nilai etika yang luhur yang diamalkan oleh para penguasa dan diikuti oleh rakyat jelata. Dalam konteks politik dunia Islam, perlukan manusia-manusia yang amanah untuk memerintah, bukan sekadar berjubah atau berdamping dengan agamawan sahaja. Allahuakbar !


Friday, October 2, 2015

Pemilihan legasi pemimpin Gpms ?

Kepimpinan dalam islam meliputi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan di persoalkan bukan sahaja di dunia, malah diakhirat. Walaubagaimanapun kepatuhan kepada pemimpin dalam islam adalah bersyarat yang mana seseorang itu tidak perlu patuh malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T


Seperti yang telah sepakat oleh para ulama, pemilihan pemimpin berdasarkan syariat Islam mestilah menjerumus kepada beberapa aspek ini:

a)Muslim, akil baligh dan lelaki -kanak-kanak yang belum dewasa tidak boleh jadi pemimpin begitu juga wanita yang mempunyai sekatan atau halangan dalam pergaulan seperti menjaga aurat dan keadaan fizikalnya
b)Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah-tidak menyalahi kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W. Ini bermaksud pemimpin perlu bertakwa dengan tidak meninggalkan solat dan kewajipan menunaikan zakat puasa dan mengerjakan haji serta berupaya menahan diri daripada melakukan perkara yang melanggar batas syarak.
c)Berilmu dan Menguasai serta mengamalkan ilmu fardhu ain
d)Beradab mengikut akhlak islam supaya mampu menjadi contoh teladan.

Pemimpin perlu sentiasa mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti jujur, ikhlas, istiqamah dan bertaqwa. Sentiasa memastikan kebersihan jiwa dan rohani serta menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahan sendiri.

Kepimpinan dalam masyarakat mempunyai dua kelompok iaitu pemimpin dan yang dipimpin.

Secara logik akal orang yang dipilh menjadi pemimpin biasanya memiliki kualiti yang lebih baik daripada orang yang dipimpin. Islam menilai martabat insan berasaskan amal manusia yang berbentuk fardhu ain serta fardhu kifayah.

Konsep kepimpinan Barat dan dengan kepimpinan Islam adalah sangat berbeza sekali.

KEPIMPINAN ISLAM ADALAH AMANAH KETUHANAN (DIVINE TRUST) yang merangkumi urusan duniawi-ukhrawi dengan dua peranan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia.

Kepimpinan barat hanya menjerumus kepada URUSAN DUNIAWI-UKHRAWI. Kepimpinan barat tidak menekankan kepada konsep pengurusan duniawi semata-mata tanpa memikirkan kesan disebalik apa yang akan berlaku pada moral manusia pada masa akan datang.

Menyokong dan memilih pemimpin bukan setakat pandai menguruskan aset organisasi semata-mata tetapi juga mempunyai akhlak mengikut syarat Islam yang mana bakal menjamin kepada kestabilan akhlak organisasi atau masyarakat yang dipimpinnya kemudian hari.

Pemimpin yang baik sudah tentu mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup menjadi perisai bagi sebuah organisasi yg di terajui.Contoh terdekat adalah pemilihan GPMS akan datang di mana saya juga merupakan salah seorang pencandu dalam organisasi tersebut.

Pemilihan Presiden GPMS yang akan datang saya lihat satu medan tempur dimana pengalaman, visi dan misi menjadi medan penentuan.

Salah seorang yang bertanding saya lihat lahir daripada "kilang Gpms" , berasal dari Penang dan merupakan orang lama dalam persatuan. Beliau di lihat sungguh vokal dalam mempertahankan hak agama , bangsa dan tanah air. Beliau juga lihat amat komited dalam memperjuangkan kepimpinan Gpms dan banyak mewarisi kepimpinan yang sedia kerana memegang jawatan SUA yang banyak mempelajari ilmu secara terus dari Tuan Presiden.Beliau juga seorang anak muda yang idealis yang di lihat boleh memberikan suatu perubahan buat perjuangan GPMS. Saya teringat kata presiden "jika saya tulis buku banyak ini penerus legasi selepas ini perlu lebih banyak". Tuan Presiden telah meletakkan aras yang tinggi dalam perjuangan GPMS dan ini merupakan satu cabaran juga buat bakal penerus kepimpinannya nanti. Kata-kata semangat Tuan Presiden "GPMS Singa Perjuangan Bangsa" menjadi kata semangat buat pencandu GPMS. Bagi saya jika darah ini luka pasti darah Gpms ini menjadi baja di muka bumi.

Salah seorang lagi yang bertanding saya tidak mengenali rapat dengan beliau dan cuma melihat perkembangan daripada media surat khabar dan fb. Pada pandangan saya beliau seorang penulis yang baik di akhbar tempatan dengan idea kritis. Pemimpin yang 'soft spoken' dan anak muda yang bersemangat tinggi.Pada fb beliau pula menonjolkan seorang usahawan yang berjaya dan mungkin terangkum dalam golongan elit.Saya amat mengharapkan agar semangat perjuangan dapat di tonjolkan oleh beliau.Beliau juga merupakan antara yang berpengalaman kerana memegang jawatan no 2 dalam persatuan.

Semua ini adalah pandangan peribadi saya dan saya mendoakan agar mereka yang bertanding biarlah secara adik beradik dan berjuang dengan ikhlas demi agama ,bangsa dan tanah air. Pemimpin datang dan pergi perjuangan kekal abadi.

Ingat selepas pertandingan kita masih adik-beradik dan masih melafazkan kalimah Allah yang sama-sama. Negara ini perlukan kita dan organisasi ini hanya wadah dalam perjuangan. Allahuakbar !