Monday, June 29, 2015

Mencari pemimpin yg amanah

Wadah perjuangan politik adalah satu tindakan yang mulia dan berfaedah sekiranya penglibatan ini diniatkan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Bergiat dalam politik untuk menerajui kuasa pemerintahan sepatutnya dijadikan sebagai landasan untuk seseorang itu melaksanakan amanah bagi membawa rahmat ke seluruh alam. Surah al-Anbia' ayat 107 menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW, serta para Nabi dan Rasul yang lain, diamanahkan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Oleh itu, setiap orang yang beriman wajiblah mencontohi para rasul melaksanakan amanah ini demi kesejahteraan alam.

Politik atau dikenali Siyasah dalam bahasa Arab adalah ilmu pengetahuan berkaitan cara pemerintahan. Dalam Mu'jam al-Wajiz, Siyasah bermaksud mentadbir sesuatu perkara dengan baik atau pemerintah mentadbir urusan rakyat dengan penuh amanah. Apabila politik dilandaskan kepada Islam ia dinamakan politik Islami atau Siyasah Syariyah. Menurut para fuqaha, Siyasah Syariyah diertikan suatu "tindakan pemerintah menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak". Ringkasnya, Politik Islam merangkumi ilmu-ilmu berkaitan sistem, peraturan dan undang-undang yang diperlukan untuk mengurus sesebuah negara bertepatan dengan asas-asas agama bagi menjamin pencapaian kemaslahatan kepada manusia, menunaikan segala keperluan mereka dan menjauhkan mereka daripada kemudaratan dunia dan akhirat.

Seseorang yang berhasrat untuk bergiat aktif dalam politik perlu membetulkan niatnya terlebih dahulu supaya tidak dipengaruhi oleh kepentingan dan kemewahan dunia samata-mata. Tujuan utama seseorang itu melibatkan diri dalam politik adalah untuk melaksanakan maqasid syar'iyyah bagi membawa kebaikan (maslahat) dan menghilangkan kemudaratan (mafasid) kepada manusia. Melaksanakan maqasid syar'iyyah bererti menjaga dan memelihara lima perkara utama kesucian agama; keselamatan nyawa; kemurnian dan kewarasan akal; kehormatan keturunan dan maruah diri; dan pemilikan harta benda. Oleh kerana itu, politik yang mendasari Islam sebagai rujukan adalah amat dituntut. Tingkah laku dan pandangan sesorang pemimpin yang adil mestilah terikat dengan kerangka maqasid syar'iyyah.

Memandangkan syariat Islam merangkumi semua perkara berkaitan persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak yang mulia dalam perhubungan sesama anggota masyarakat dan hukum-hukum Allah seperti halal, haram, wajib, sunat dan harus, maka syariat ini tidak akan dapat ditegakkan dalam kehidupan manusia melainkan adanya kuasa pemerintahan Islami. Di sinilah wujudnya keperluan dan kepentingan kuasa politik Islami untuk melaksanakan maqasid syar'iyyah.

Dalam konteks sebuah negara bercirikan Islam seperti Malaysia, urusan pemerintahan haruslah selari dengan ciri-ciri Islam yang ada di dalam negara ini. Walaupun Islam adalah agama rasmi Persekutuan, perlembagaan tidak menyekat penganut agama lain mengerjakan ibadat mereka. Ini bersesuaian dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina agama-agama lain. Oleh sebab sifatnya yang sejagat, syariat Islam diturunkan untuk semua manusia, tempat dan masa. Ia mampu memenuhi keperluan manusia dan tidak menyusahkan dan menghalang manusia mencapai kemajuan.

Corak pemerintahan negara perlu dipandu dengan syariat Islam. Ahli politik harus memahami bahawa agama Islam adalah pegangan majoriti penduduk di negara ini dan setiap rakyatnya juga dipandu dengan semangat Rukun Negara yang menekankan aspek kerohanian. Maka agak jangal sekiranya negara ini diurus-tadbir mengikut pandangan sekularisme. Sudah tentu akan berlaku banyak konflik dalam kalangan rakyat sekiranya rujukan Islam dipinggirkan. Oleh sebab itu, keharmonian dalam negara perlu dijaga dengan tidak membakar sentimen agama yang boleh menyebabkan pergaduhan dan perpecahan.

Matlamat utama institusi pemerintahan diwujudkan adalah untuk menegakkan keadilan kepada semua rakyat. Wujudnya ketidakadilan dalam sistem pemerintahan dan masyarakat adalah kerana agama dipinggirkan daripada kehidupan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kepada Allah SWT kerana sikap dan tahap penerimaan rakyat dengan apa yang sudah kita miliki pada masa ini tidak kita sia-siakan. Walaupun sistem pemerintahan merangkumi undang-undang, ekonomi and sosio-politik dalam negara ini sebahagiannya diwarisi daripada penjajah, tidak semestinya kita menolak semuanya kerana kita diberikan kelonggaran dan keupayaan untuk memurnikan sistem tersebut selaras dengan kehendak dan semangat Islam.

Ahli politik harus menyakini bahawa pemerintahan yang berlandaskan Islam menjamin keadilan kepada semua. Oleh itu, setiap pemimpin politik yang menentukan dan mempengaruhi hala tuju pembentukan dasar negara harus ingat bahawa tanggungjawab yang telah diamanahkan wajib dilaksanakan. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini bukan sahaja dimurkai Allah SWT, bahkan menyekat keadilan serta membawa manusia kepada kezaliman. Bertepatan dengan peringatan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud "Apabila dikhianati amanah maka tunggulah kiamat. Lalu ditanya, ‘wahai Rasulullah bagaimanakah mengkhianatinya?', sabda baginda: Apabila diserahkan kepimpinan bukan kepada ahlinya maka tunggulah kiamat". Pemimpin yang dilantik hendaklah meletakkan tanggungjawab menegakkan keadilan sebagai agenda utama dalam hidup mereka. Di antara tanggunjawab ini adalah seperti berikut;

1. Berlaku adil dan memelihara keadilan sesama manusia,
2. Bermusyawarah untuk mendapatkan jalan terbaik menyelesaikan sesuatu masalah itu,
3. Memelihara hak-hak persamaan manusia,
4. Membawa rahmat kepada manusia,
5. Melarang melakukan kemusnahan,
6. Menunaikan amanah dan janji,
7. Menjaga asas-asas hubungan luar negara.

Inilah di antara sebahagian tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin politik demi menegakkan keadilan kepada semua. Keadilan Islam juga dapat dilihat dalam konteks rasional hukuman jenayah yang terkandung dalam al-Quran. Terdapat lima kategori jenayah yang pelaksanaan hukumannya adalah jelas contohnya, jenayah hirabah (pemberontakkan); membunuh dengan sengaja tanpa hak atau tak sengaja; menuduh orang-orang beriman melakukan zina; jenayah berzina dan mencuri. Selainnya daripada ini terpulang kepada pemerintah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya memandangkan terdapatnya perbezaan keperluan antara satu tempat dengan tempat yang lain dan juga peredaran masa.

Oleh yang sedemikian, bergelar ahli politik atupun Yang Berhormat Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Ahli Dewan Negara bukan sahaja satu keistimewaan kepada seseorang itu, malah satu beban tanggungjawab yang besar yang harus dipikul untuk menegakkan keadilan. Kemampuan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini memerlukan sesorang itu memiliki sikap amanah dan jujur serta tahap kelayakan yang tinggi. Sekiranya kelayakan dari segi fahaman agama, akal, sikap dan kudratnya tidak dimiliki, dengan mudah mereka akan terpesong dengan naluri kerakusan kuasa dan kekayaan yang suatu hari nanti memakan dirinya .


Sunday, June 28, 2015

Buang ego Pemimpin Melayu Islam

Perpecahan atau penyatuan?

Mana satu pilihan kita?

Ketika zaman persekolahan, kita di ajar banyak peribahasa yang menyuruh kita bersepakatan atau bekerjasama. Contohnya seperti “Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing”. Selain itu, sebatang lidi senang dipatahkan berbanding seberkas lidi. Peribahasa-peribahasa ini menggambarkan orang Melayu kaya dengan bahasa yang puitis dan kata-kata kiasan dalam memberi nasihat.

Mana seruan yang lagi berkesan?

Secara kiasan atau terus terang?

Apa-apa seruan kebaikan yang diutarakan secara kiasan atau terus terang, tidak akan berkesan jika pemikiran sudah tidak mampu menembusi kotak. Orang bijak dan berfikiran jauh akan sentiasa berfikir di luar kotak. Namun begitu, sebaik mana pendapat yang di utarakan, jika ia berlawanan arus dengan pendapat majoriti, ia pasti ditentang. Sampai bila kita mahu berfikiran tertutup dan menidakkan seruan yang membawa ke arah kebaikan bersama ini?

Seruan perpaduan adalah menyeru semua Melayu Muslim di Malaysia yang layak mengundi untuk memilih calon Muslim yang berwibawa demi memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Adakah ini seruan perkauman?

Ini adalah seruan untuk menyelamatkan bangsa kita daripada diperlekehkan dan dinafikan haknya. Apabila bangsa kita kuat, memiliki kekuasaan dalam kepimpinan dan penggubalan undang-undang, sudah tentu kepentingan kita akan terjamin. Bangsa Melayu adalah pemilik tanah Melayu yang suatu ketika dahulu menjadi idaman pihak Portugis, British, Jepun dan Komunis.

Adakah seruan kepada kebangsaan lagi penting daripada seruan menegakkan agama?

Sudah tentu tidak.

Melayu dan Islam tidak mungkin berpisah. Ini kerana kita adalah bangsa yang dikenali dengan beragama Islam. Kedatangan Islam ketika Islam menakluki dua pertiga dunia menunjukkan kita adalah bangsa yang terpilih untuk menerima risalah agung ini. Kita bangsa Melayu perlu rasa bangga diri kerana dipilih sebagai penganut Islam. Namun begitu, kesyukuran atas nikmat Islam yang dimiliki harus diterjemahkan dengan menyebarkan Islam. Bangsa Melayu harus bergabung tenaga dan bersepakat untuk membawa Islam kembali menakluki dunia. Apabila kita menjadi bangsa yang kuat dan menjadi contoh teladan kepada bangsa lain, dengan sendirinya keindahan Islam boleh disebarkan. Tetapi, apabila kita sentiasa bertelingkah pendapat, saling memburukkan sesama Islam, ia memberi gambaran yang sangat buruk kepada imej Islam itu sendiri.

Kemenangan untuk menegakkan Islam memakan masa yang lama, tetapi mulalah bergerak selangkah ke hadapan dengan memilih calon Melayu Muslim yang berwibawa. Bukan berundur ke belakang. Islam sudah menjadi agama Negara.

Pertahankannya!

Tiada jaminan ia akan kekal sebagai agama negara selagi penganutnya saling bercakaran. Tolong cari titik pertemuan ini wahai pemimpin !



Sunday, June 14, 2015

Hentikan Perbalahan wahai Pemimpin !

Kita tahu ada pihak yang mula gusar dan mencemburui jika Tun M dan DS Najib bertemu dan berdamai. Justeru, saya kembali membelek-belek catatan sejarah yang mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri dalam Peperangan Jamal. Peperangan yang disebabkan oleh peristiwa pembunuhan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a. Peperangan yang setiap kali kita mengenangnya, kita akan mengalirkan airmata kekesalan. Cuma kisah bukan Syiah yang hidup dalam nostalgia lama dan enggan keluar daripadanya.
Kita bersedih atas Peperangan Jamal kerana menyebabkan dua pasukan tokoh agung umat iaitu Saidina ‘Ali r.a. dan Ummul Mukminin Saidatina ‘Aishah r.a. bertempur antara satu sama lain. Ia telah menyebabkan wajah sejarah kegemilangan sahabah terguris disebabkan peristiwa yang tidak pernah mereka ingini itu.
Dalam peperangan tersebut juga, dua tokoh besar sahabat yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w iaitu Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. dan al-Zubair ibn al-Awwam r.a. berada di pihak ‘Aishah r.ha. Sebelum tragedi yang mengheret peperangan itu berlaku Saidina `Ali telah menghantar wakilnya al-Qa’qa’ bin `Amr bertemu dengan `Aishah dan bertanya tujuan kedatangannya.
Kata al-Qa’qa’: “Wahai ibu! Apakah yang menyebabkan engkau hadir ke sini?”. Jawab `Aisyah: “Wahai anakku! Kerana inginkan perdamaian di kalangan manusia”. Lalu al-Qa’qa’ meminta Talhah dan Zubair hadir, lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah bertanya Ummul Mukminin tentang tujuan kedatangannya, beliau menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk perdamaian antara manusia”.
Jawab Talhah dan Zubair: “Kami juga demikian”. Kata al-Qa’qa’: “Beritahulah aku apakah cara perdamaian itu dan bagaimana ia boleh dilaksanakan. Demi Allah! Sekiranya kami dapat menerimanya, kita akan melaksanakannya. Jika kami tidak dapat menerima, kami tidak akan mengadakannya?”.
Jawab Talhah dan Zubair: “Membunuh balas pembunuh `Uthman, jika ini tidak dilaksanakan bererti kamu telah mengabaikan al-Quran”. Jawab al-Qa’qa’: “Sesungguhnya hasrat kamu semua ingin membunuh pembunuh `Uthman memanglah baik, tetapi kesan kerosakannya lebih besar daripada itu. Sepertimana kamu tidak mampu menangkap salah seorang yang memberontak kepada `Uthman di Basrah iaitu Harqud bin Zuhair disebabkan enam ribu orang yang menjaganya, demikian jugalah `Ali tidak dapat melaksanakannya sekarang tetapi menunggu masa yang sesuai”.
Hasil dari perbincangan ini, akhirnya `Aishah, Zubair, Talhah dan semua para pengikut mereka setuju untuk memberikan janji setia kepada `Ali dan bersetuju menyerahkan tugas mengambil tindakan terhadap pembunuh `Uthman kepadanya apabila keadaan mengizinkan. `Aisyah r.a pun menghantar wakilnya menemui `Ali r.a. dan memberitahu tujuan mereka ialah untuk berdamai. Kedua-dua golongan begitu gembira dengan keputusan ini.
`Ali bangun berkhutbah di hadapan tenteranya, mengingatkan mereka bagaimana Islam menyatupadukan penganutnya dan bagaimana Allah telah menghimpunkan mereka selapas kewafatan Nabi s.a.w di bawah pemerintahan Abu Bakar kemudian `Umar dan kemudiannya `Uthman. Selepas itu berlakulah apa yang berlaku disebabkan golongan yang mencari kepentingan dunia dan dengkian nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya.
Seterusnya `Ali menegaskan: “Besok aku akan pergi berjumpa `Aishah dan mereka yang bersamanya untuk berdamai, kamu semua akan mengikutiku. Namun jangan ada seorang pun yang terlibat membantu pembunuhan `Uthman turut bersamaku”. Apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut.
Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai di atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka. Lalu ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar diambil tindakan terhadap `Ali seperti yang mereka telah lakukan terhadap `Uthman iaitu membunuhnya.
Cadangan ini dibantah oleh kepala penghasut mereka iaitu `Abdullah bin Saba’ sambil berkata: “Buruk sungguh pandangan tersebut, kalau kita membunuhnya kita juga akan dibunuh. Wahai para pembunuh `Uthman! Jumlah kita hanyalah dua ribu lima ratus orang, sedangkan para pengikut Talhah dan Zubair berjumlah lima ribu orang, kita tidak ada kemampuan menghadapinya dan mereka itu mahukan kita”. Mereka terus berbincang, akhirnya `Abdullah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan terlebih dahulu supaya peperangan tetap tercetus.
Maka pada malamnya, tentera di kedua-dua belah pihak tidur dengan hati yang senang dan puas di atas keputusan yang mereka perolehi. Sebaliknya para pengkhianat yang bimbangkan kesatuan umat Islam pula tidur dengan penuh kerisauan dan keresahan. Seperti yang dirancang, sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji.
Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak dan berakhir dengan kemenangan di pihak `Ali.
(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/248-249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya bimbang di zaman ini masih ada kelompok Abdullah bin Saba yang bimbangkan perdamaian antara sesama umat Islam. Bahkan beberapa tokoh politik bukan musuh dengan jelas mempertikaikan hasrat murni tersebut. Malang lagi, terdapat juga di kalangan umat Islam mempertikaikannya sekalipun pemimpin kedua-dua pihak secara jelas telah bersetuju. Mereka ini akan berusaha sedaya mungkin agar tidak akan lahirnya perdamaian antara umat ini.

Walaupun parti-parti politik yang ada itu tidaklah boleh untuk disamakan dengan keimanan, kejujuran dan kesolehan ‘Ali, ‘Aishah, al-Zubair dan Talhah, tetapi pengajaran peristiwa boleh diambil. Jika mereka yang begitu hebat, dapat dikeliru oleh Abdullah bin Saba dan pengikutnya sehingga tergamam yang membawa kepada peperangan, siapalah kita di zaman ini? Lebihnya, kita ada bekalan sejarah mereka yang membantu kita agar lebih berhati-hati. Moga kita tidak ulangi kesilapan mereka.
Cuma kita bimbang mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, atau yang setia di belakang musuh merancang agar digagalkan hasrat untuk kedua parti ini untuk duduk berbincang dan merancang tentang masa depan umat. Mereka ini nanti akan menimbulkan berbagai kerenah supaya hasil yang positif itu tidak direalisasikan.
Jika boleh mungkin mereka akan mencetuskan sesuatu kejadian akan pertempuran sengit isu akan tercetus dan hasrat murni akan terbatal. Inilah strategi yang pernah dipraktikkan oleh Abdullah bin Saba dan pengikut. Terbukti berjaya menghancurkan cita-cita perdamaian antara ‘Ali dengan ‘Aishah. Harapan kita, agar genetik ‘Abdullah bin Saba pada zaman ini, tidak akan memperak-perandakan kita sekali lagi.
Ya memang benar, rekod pertarungan politik antara Tun M dan pemimpin lain bukan sedikit. Serang menyerang peribadi, tuduh-menuduh dan pulau-memulau telah mencemar hubungan yang sepatutnya antara dua pemimpin ini. Inilah hasil daripada demokrasi ala Barat yang dalam banyak keadaan meminggirkan prinsip-prinsip syura dalam Islam.

Bagi saya, ketegangan yang menghalang untuk mereka duduk semeja selama ini, bukanlah sangat soal dasar. Tetapi ia lebih menyentuh soal perasaan, persepsi dan soal hati yang terluka. Juga mungkin kerana telah terlepas cakap, atau jaga hati pengikut atau kepentingan tertentu. Namun, apabila adanya kepentingan yang sama, semua mereka dapat duduk semeja.
Hari ini kepentingan umat Islam lebih besar dan utama untuk dihayati sebagai kepentingan bersama. Memang banyak sejarah pahit pemimpin tersebut. Sejarah buruk semalam diambil pengajaran, bukan lagi untuk kita ulangi. Tidak juga untuk kita terus mengingatinya sehingga terpaksa hidup dalam kesedihan lalu kita tidak berupaya lagi memandang masa depan yang gemilang.
Kita bawa sejarah pahit sebagai bekalan pengajaran, untuk kita menghadapi cabaran. Melainkan jika ada penipuan secara jelas, atau mesyuarat yang ternyata tidak tunduk kepada kaedah dan peraturan, atau jelas dari awal kesannya hanya keburukan untuk umat, maka tentu tidak wajar diteruskan.
Namun, telah ternyata umat di kala ini amat memerlukan kesefahaman antara mereka dalam saat yang sebegini untuk kepentingan semua, yang termasuk dalamnya parti itu sendiri. Maka mereka mesti menelan jika ada kepahitan pun demi masa depan yang lebih baik.
Parti ini mesti jadi seperti seorang ibu yang sanggup menanggup keperitan perasaan dan kesedihan silam demi masa depan anak-anaknya yang terus membesar. Kadang-kala seorang ibu terpaksa bersabar dengan kehidupan yang tidak selesa untuknya, tetapi demi hari esok yang bahagia untuk anaknya, dia telan jua.
Para pejuang juga begitu. Betapa banyak mereka terpaksa mengharungi keperitan hidup, tohmahan, ejekan, makian, penghinaan, sangkaan buruk dan berbagai lagi hanya semata untuk membawa obor cahaya agar menerangi perjalanan orang lain. Hanya yang harapkan atas pengorbanan itu syurga Allah di Hari Akhirat kelak.

Para pemimpin yang ikhlas juga terpaksa menanggung perkara yang tidak disukai, demi kebaikan pengikut mereka. Allah berfirman kepada Nabi s.a.w: (maksudnya): “Maka dengan sebab rahmat daripada Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari mendampingimu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya”. (Surah Ali ‘Imran: ayat 159).
Dalam ayat ini jelas Allah mengingatkan Rasulullah s.a.w agar janganlah kesalahan dan kesilapan pengikut baginda itu menghalang baginda untuk terus bermusyuarat dengan mereka dalam perkara-perkara yang wajar untuk diperbincangkan bersama. Begitulah sepatutnya kita semua.
Jika para pemimpin kedua-dua itu nanti berunding dan berbincang agar mereka dapat memperolehi ganjaran pahala di sisi Allah, tentulah perundingan itu mendapat berkat dan rahmat. Jika ada yang berunding untuk menjaga kerusi dan pengaruh dalam politik, maka itulah nanti akan menjadi punca kegagalan. Walaupun mereka ada perbezaan dan perasaan yang tersimpan, namun memang nostalgia itu dikenang, tapi masa depan hendaklah dipandang.

Ingat bala yang berlaku kerana putusnya silaturahim antara pemimpin.Dosa memutuskan silaturahim umpama meruntuhkan kaabah. Teringat kisah Rasulullah semasa mendapat wahyu bila berlakunya lailatulqadar. Semasa perjalanan Rasulullah telah berjumpa satu pasangan sedang bergaduh akhirnya membuat Rasulullah lupa untuk memberitahu sahabatnya tentang masa lailatulqadar itu.Impak perbalahan ini telah menarik rahmat daripada Allah.

Cuba kita bayangkan berapa banyak bala lagi kita akan terima dan kini kisah kapal tangki yang hilang. Buat pemimpin bersemuka dan cari titik penyelesaian dan jangan tambahkan bala buat rakyat. Ingat berdosa pada Allah boleh minta ampun tetapi dosa pada rakyat nanti kamu akan merangkak di akhirat nanti untuk memohon maaf.


Saturday, June 13, 2015

Bila Melayu semakin alpa

Bangsa yang memiliki satu agama (Islam) dan satu bahasa (Melayu), bukan lagi ditentukan dengan sempadan geografi. Menurut mereka, Al Quran sendiri mengakui kewujudan umat Arab, bukan kerana mereka tinggal di dunia Arab tetapi kerana mereka berbahasa Arab. Pepatah Arab ada menyatakan:

“Barangsiapa yang bercakap Arab, maka dia adalah umat Arab"

Seperkara lagi, kedatangan Islam ke Alam Melayu juga membawa bersamanya Al Quran yang wajib dibaca dan difahami oleh umatnya. Dalam proses mempelajari AlQuran inilah bangsa Melayu dapat mengubahsuaikan huruf-huruf Arab untuk digunakan dalam menulis perkataan Melayu. Huruf-hurf inilah yang telah melahirkan tulisan jawi. Dengan adanya tulisan jawi, penggunaan bahasa Melayu semakin meluas dalan bidang pendidikan, ekonomi, perundangan, pehubungan antarabangsa dan kesusasteraan.

Malangnya ‘perjalanan’ bangsa dan bahasa Meayu menuju kemuncak kegemilangannya dengan Islam itu telah tersekat dengan kedatangan penjajah mulai abad ke-16. sasaran Imperialis Barat – Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol – ialah memecah-belahkan kesatuan Melayu yang satu agama dan satu bahasa ini. oleh kerana kekuatan Islam masih muda, ditambah pula dengan krisis dalaman oleh perebutan kuasa dan harta di kalangan umat Melayu waktu itu, maka Barat telah berjaya melumpuhkan bangsa Melayu dengan kekuatan quwwah (lahiriah).

Dengan kekuatan tentera atau tipu daya diplomatik melalui konsep ‘divide and rule’nya. Barat memisahkan bangsa Melayu disebelah Selatan (Indonesia) dari rumpun Melayu lain dan diserahkan kepada Belanda. Melaka diserahkan kepada Portugis, Filipina kepada Sepanyol dan selebihnya kepada Inggeris.

Sama seperti taktik yang dijalankan di negara-negara Arab, Barat mula meniupkan fahaman asabiah supaya kesatuan umat atas dasar seagama dan sebahasa musnah. Semangat asabiah telah mengikis kesatuan jiwa dan fikiran bangsa yang besar oleh satu bahasa dan agama, melalui sempadan geografi yang terbatas. Inilah yang melemahkan kerajaan-kerajaan kecil Islam di zaman Pertengahan, hingga mereka tidak seia-sekata lagi dalam menghadapi penjajah.

Dalam usaha menawan semula Melaka dari Portugis misalnya, kerajaan Melayu Acheh dan Johor tidak sepakat bahkan kadang-kala berperang pula sesama sendiri. Inilah yang mewujudkan perang tiga segi Porugis-Johor-Acheh, yang amat pelik itu. Dengan ini kesatuan bangsa Melayu yang dahulunya kuat semakin lemah bersama lunturnya perjuangan mendaulatkan agama.

Salah satu strategi Barat untuk melemahkan Melayu ialah memisahkan mereka daripada Islam dengan mencabut ‘roh’ Islam pada bahasa Melayu. Barat berusaha menjatuhkan bahasa daripada agama. Khazanah-khazanah para ulama Melayu berupa kitab-kitab dan manuskrip ilmu dan bukti-bukti keagungan Islam yang pernah terbina di Nusantara dimusnahkan atau ‘dilarikan’ ke negara-negara mereka.

Barat adalah bangsa yang bijak. Tindakan mereka tidaklah seperti bangsa Mongol yang buta huruf ketika membakar jutaan kitab ketika menjarah baghdad. Namun kejahatan atas nama kebijaksanaan, tidak kurang buruknya. Maksud Barat dan Mongol sama sahaja yakni untuk memutuskan keterikatan generasi terdahulu supaya umat Islam yang dijajah hilang jatidiri lalu secara psikologi merasa inferiority complex sebagai satu bangsa kecil yang tidak beridentiti lagi.

Kini setelah puluhan tahun merdeka, segalanya telah mula berubah., setelah mencapai kestabilan politik, kepesatan ekonomi, pembangunan yang memberangsangkan, dan yang lebih penting kesedaran Islam yang tinggi, bangsa Melayu mula mencari kekuatan mereka semula.

Arus kesedaran Islam yang mula melanda Nusantara pada abad ke-9 Masihi telah melanda lagi pada akhir dekad 60-an hingga 80-an. Kali ini bukan untuk meng-Islamkan, tetapi memurnikan lagi Islam yang sedia ada.

Arus kesedaran gelombang kedua ini melanda golongan bawahan. Pada tahun 90-an, arus kesedaran gelombang ketiga mula melanda. Kali ini lebih berpotensi kerana ia melibatkan golongan korporat, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik. Hal ini tidak sahaja berlaku di Malaysia dan Indonesia, malah turut berlaku di negara-negara ASEAN yang lain.

Pada ketika inilah sejarah pendaulatan agama seligus memperkuatkan bangsa dan memartabatkan bahasa berulang lagi. Perjalanan yang disekat oleh penjajah dahulu kini bersambung semula. Dunia telah mengakui bahwa bangsa Melayulah yang paling keterhadapan dalam usaha mendaulatkan Islam disamping dalam pencapaian ekonomi.

Malaysia misalnya, telah diakui sebagai negara contoh dalam hal ini. Dunia kagum dengan peningkatan amalan-amalan Islam rakyat Malaysia yang terjadi begitu harmoni dalam sebuah masyarakat majmuk.

Kerajaan Malaysia dan juga negara-negara Nusantara yang lain adalah kejayaan bangsa Melayu. Ini tentunya merangsang bahkan ‘memaksa’ dunia antarabangsa mendekati bangsa Melayu secara lebih terperinci. Pemikiran dan minda Melayu semakin tinggi nilainya. Dah tentunya salah satu aspek yang tidak boleh disishkan selain agama ialah bahasa, kerana bahasa adalah pakaian bagi pemikiran.

Pemikiran, wawasan dan perancangan para ilmuwan, pemimpin dan aktivis Melayu kini mula terserlah setelah terpendam puluhan tahun angkara penjajahan. Sarjana-sarjana luar negara pasti menanti-nanti untuk mendalami pemikiran ini yang tentunya secara first hand diluahkan dalam bahasa Melayu.

Hasrat untuk mengetahui ucapan dan tulisan bangsa Melayu boleh dibuat dengan cara penterjemahan, tetapi untuk menjiwai pemikiran Melayu tentulah dengan mempelajari bahasa Melayu itu sendiri. Sungguhpun begitu, usaha penterjemahan tulisan dan ucapan itu juga akan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Tidak hairan di tengah keghairahan membesarkan lagi keluarga ASEAN dengan memasukkan sekali Vietnam dan Myanmar, bahasa Melayu akan diterima sebagai bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam Kongres Bahasa Melayu Sedunia yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka di Kuala Lumpur baru-baru ini. jalan ke arah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa teknologi, bahasa diplomatik sudah direntang.

Malah, tidak mustahil mungkin juga jalan-jalan ke arah menjadikan Melayu ‘bahasa Islam’ di Nusantara sepertimana yang berlaku dalam sejarahnya. Apakah ini kaedah bahasa Melayu mencapai tahap globalisasi selaras dengan pandangan para intelek seperti Malek Ben Nabi, Alvin Toffler dan Prof. Fazlur Rahman tentang dominasi Islam Alam Melayu pada masa akan datang?

Jika track record berdasarkan sejarah bangsa-bangsa yang pernah menjadi empayar diambil kira, hal ini boleh dicapai dengan syarat 200 juta bangsa Melayu benar-benar serius dalam mendaulatkan agama. Dengan Islam menjadi matlamat, bangsa dan bahasa menjadi alat, maka Allah akan diagungkan dengan sifat taqwa.

Bila bertaqwa, bangsa yang kecil sekalipun, akan besar kerana membesarkan Allah. Betapalah bengsa Melayu, bangsa yang memang besar…

Belajar terus belajar.


Friday, June 12, 2015

Bila perpaduan kaum menjadi taruhan

Sekolah wawasan atau satu aliran sering dibincangkan dalam media bercetak, elektronik mahu pun melalui saluran internet. Hari ini Sultan Johor menyeru penubuhan Sekolah Wawasan atau sekolah satu aliran dan menolak kepentingan politik demi masa depan negara. Sekolah wawasan bukanlah satu idea baru, ia sebenarnya sudah ada dalam Laporan Razak lagi. Laporan Razak mengatakan Bahasa Malaysia akan menjadi Bahasa Pengantar bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Dengan demikian apa akan terjadi terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan China dan Tamil? Inilah yang ditakuti oleh kaum China di negara ini. Idea Sekolah Wawasan ini ditentang hebat oleh dua buah persatuan pendidikan China, Dong Jian Zhong dan Hua Zong. Bahkan dalam satu wawancara dengan pemimpin persatuan ini dalam sebuah akhbar tempatan, jika konsep sekolah wawasan dipaksakan ke atas masyarakat China, mereka akan membuat penentuan dalam pilihanraya. Maknanya mereka tidak akan lagi mengundi BN dalam pilihanraya akan datang?

Konsep Sekolah Wawasan adalah bertujuan menyatukan masyarakat Melayu, China dan India melalui satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa dan diletakkan di satu kawasan. Konsep ini tidak dapat diterima oleh orang China kerana ia seolah-olah akan menghapuskan bahasa China secara perlahan-lahan terutama bila ia tidak lagi digunakan dalam pendidikan peringkat asas seperti sekolah kebangsaan. Memelihara bahasa ibunda sendiri adalah mendapat jaminan dalam perlembagaan, dan ianya tidak harus dipaksakan ke atas mereka yang tidak mahu menerimanya. Namun, apakah selama ini masyarakat Malaysia tidak bersatu tanpa Sekolah Wawasan?. Ataukah dengan wujudnya sekolah itu apakah masyarakat Malaysia akan bersatu padu?.

Peristiwa 13 Mei adalah kemuncak perbalahan kaum di negara ini. Sesudah itu ketegangan kaum kian berkurangan sedikit demi sedikit sehingga ke hari ini. Bahkan menurut pendapat Pemimpin Suaram (Debat keluaran terbaru) adalah sukar mengajak orang China dan Melayu bergaduh hari ini, kerana mereka sebenarnya telah mengalami perasaan yang sama dari satu tekanan yang sama, iaitu tekanan kapitalisme. Ada benarnya pendapat itu kerana kapitalismelah yang menyebabkan perpecahan masyarakat di serata dunia. Di Malaysia sendiri pun, masing-masing mementingkan puak sendiri, keluarga sendiri, mementingkan kroni, semuanya adalah akibat fahaman materialisme yang berpunca dari kapitalisme Karl Marx itu.

Memang sukar untuk menyatukan manusia apalagi rakyat Malaysia yang datang dari berbagai kaum akibat kesan-kesan penjajahan British. Memang dari satu sudut manusia sukar untuk bersatu. Tetapi kita sebenarnya boleh melupakan perbezaan di kalangan kita, dan bersatu atas soal-soal dasar seperti yang disarankan banyak pihak dalam Islam terutama dalam masalah mazhab(fiqh) dalam Islam. Hassan AlBanna sendiri mengambil pendekatan sedemikian, iaitu bersatu dalam masalah dasar dan saling memaafkan dalam perselisihan yang tidak menyentuh soal dasar.

Kembali kepada persoalan pokok, apakah masyarakat Malaysia tidak pernah bersatu? Apakah tidak wujud perpaduan selama ini di bawah pemerintahan Barisan Nasional? Memang ada usaha-usaha ke arah perpaduan yang telah dan sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Selain dari peristiwa 13 Mei, tidak ada lagi pergaduhan kaum di Malaysia. Ertinya masyarakat kita bersatu sekalipun dalam pengertian yang longgar. Kelonggaran atau tidak mantapnya intergasi di kalangan bangsa-bangsa yang utama itu terutamanya disebabkan tidak adanya satu dasar yang kongkrit selain dari Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan berbagai-bagai dasar lagi tanpa melihat ke dalam diri manusia itu sendiri. Bahkan dari segi lain, perpaduan yang wujud di kalangan anggota masyarakat yang dipupuk sekian lama, akan dipecah-pecahkan semula oeh Barisan Nasional sendiri terutama bila tibanya musim pilihanraya. Pihak kerajaan sering menakut-nakutkan akan terjadi pergaduhan kaum jika rakyat tidak menyokong kerajaan yang berkuasa. Dengan demikian perpaduan yang cuba dipupuk akan tarhurai kembali dalam saat-saat seperti itu. Konsep pecah dan perintah akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan Barisan nasional demi untuk terus mengekalkan kuasa. Dengan begitu, perpaduan pada hakikatnya hanyalah satu mainan politik Barisan Nasional untuk meraih keuntungan politik istimewa dalam masyarakat berbilang bangsa seperti di negara ini. Sebab itulah, perpaduan hanyalah satu utopia yang tidak pernah wujud di bawah kerajaan Barisan Nasional.

Jadi adalah menjadi hak mereka bila kaum China umumnya menolak Sekolah Wawasan sebagai konsep atau halatuju baru dalam mencari konsep perpaduan di Malaysia. Perpaduan tidak akan wujud walau pun dengan beribu Sekolah Wawasan diwujudkan jika perpaduan itu hanyalah satu mainan politik BN untuk dijadikan modal dalam mengekalkan kuasa politik. Perpaduan dengan sendirinya akan tercerna bila semua kepentingan masyarakat berbilang kaum ini diambil kira di samping mengekalkan keadilan serta pembahagian kekayaan yang seimbang. Perpaduan mungkin akan wujud sekiranya setiap kaum memahami cara hidup dan kebudayaan lain-lain bangsa yang hidup bersama-sama dalam satu negara. Seperti dalam menangani masalah mazhab fiqh dalam Islam, setiap kaum haruslah melupakan perbezaan yang kecil demi untuk tujuan yang lebih besar; iaitu perpaduan.

Belajar terus belajar.


Tuesday, June 9, 2015

Bila gaji marhaen berharga kasut Menteri ?

Sebagai negara Islam kita mempunyai banyak kelebihan berbanding Barat. Dalam Islam semua aturan hidup telah digariskan termasuk amanah. Maknanya kesedaran agama boleh menghalang perbuatan yang tidak amanah. Apabila amanah, dengan sendirinya ada ketelusan yakni tidak menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Tidak perlu membuat kerja "untuk rakyat" secara sembunyi-sembunyi.

Memperkasakan amanah mesti bermula daripada pemimpin. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menganjurkan kempen Kepimpinan Melalui Teladan.

Tun Dr. Mahathir juga memperkuatkan penekanan kepada amanah apabila menjadikan "Bersih Cekap Amanah" sebagai asas penting dalam pentadbiran beliau. Tiga perkataan yang mudah disebut, senang ditulis tetapi amat payah dilaksanakan kecuali mempunyai iltizam yang tinggi.

Sebab itulah orang Melayu ada berkias, kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Orang bawahan selalu akan mengikut perangai orang di atas. Kalau orang di atas boleh buat, kenapa pula orang bawahan tidak boleh buat? Apabila ini menjadi pegangan, punah ranahlah negara.

Orang tua-tua kita berpesan lagi, jangan menjadi ketam yang mengajar anak berjalan dengan betul sedangkan seumur hidup ibu ketam tidak pernah berjalan betul. Kalau tidak percaya, cuba lihat perangai anak-anak ketam yang berjalan mengiring walaupun ibu ketam mengajar anak berjalan dengan betul sejak berkurun-kurun lamanya.

Tetapi sifat ibu ketam begini terdapat juga dalam kalangan sesetengah pemimpin kita. Bagaimanapun oleh kerana tidak mengamalkan "kepimpinan melalui teladan" maka ibu dan anak-anak ketam terus berjalan tidak betul. Lama-kelamaan yang tidak betul itu sudah sebati dan dianggap sebagai "betul".

Oleh sebab itu, kita jangan mengukur indeks amanah daripada jumlah kes. Sebabnya bukan semua kes menjadi "kes". Malah yang sudah didakwa kerana ada wang berjuta-juta ringgit malah berbillion melampaui kemampuannya pun terus senyap tetapi rakyat tidak lupa.


Tetapi apabila pemimpin memperlihatkan contoh terpuji, orang bawahan dengan sendirinya akan berasa malu sekiranya mempunyai sifat yang bertentangan dengan ketuanya. Ini amat bertepatan yang dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bahawa memikul amanah tidak dikecualikan waima terhadap seorang pemimpin.

Harap pemimpin-pemimpin kita menghayati titah Sultan Nazrin. Bagaimanapun ada kecenderungan dalam kalangan kita menganggap perbuatan yang tidak baik dibolehkan asalkan mempunyai tujuan yang baik. Ini kekarutan yang tidak boleh dimaafkan.

Tidak amanah boleh disamakan dengan arak. Apabila seseorang itu dikuasai arak, ini mendorong dia melakukan pelbagai kesalahan lain yang lebih besar dan menjejaskan kesejahteraan awam misalnya membunuh, merogol atau mendera.

Maknanya jika seseorang yang ada kuasa tetapi tidak amanah, ini bukan sahaja mendorong rasuah tetapi jauh lebih teruk lagi rasuah itu mematikan semua sistem yang memberikan keadilan kepada rakyat.

Saya fikir rintihan orang kampung yang kemudahan asas di kampung mereka yang mundur dan ketinggalan ada kaitan dengan sifat tidak amanah. Ini kerana dalam sesetengah kes, bukanlah tidak ada peruntukkan daripada kerajaan.

Masalahnya peruntukkan itu ada kalanya tiris kepada pemimpin-pemimpin di peringkat kawasan. Dapat peruntukkan tiga jambatan, tetapi satu jambatan sudah hilang, yang ada cuma dua sahaja.

Sekali lagi kepimpinan perlulah menunjukkan teladan dengan memastikan wujud elemen-elemen bersih, cekap dan amanah. Pemimpin yang amanah seperti Muhammad al-Fateh semasa Empayar Uthmanniyyah di Sepanyol telah membuktikan negaranya bebas daripada penyelewengan dan rasuah. Itulah ‘kepimpinan melalui teladan’ dan bukan ketam yang cakap tidak serupa bikin.

Tidak lama dulu sebuah laman web dan kiriman whatsup mema­parkan jam tangan dan handbag yang dipakai oleh bebe­rapa pemimpin dan "wanita pertama" negara ini. Pemaparan laman sesawang dan kiriman whatsup itu dalam istilah kewartawanan ialah human interest’, suatu paparan ringan yang menarik orang untuk tahu. Yang lebih penting lagi paparan itu ada nilai berita kerana tokoh-tokoh itu orang ternama.

Pengendali laman itu tidak mengulas apa-apa kecuali memaparkan harga, jenama dan model jam tangan dan bag tangan berkenaan hasil penye­lidikan dilakukan dalam masa yang lama. Cuma rakyat marhaen mungkin terkejut apabila ada antara harga jam tangan dan bag tangan itu sama dengan sebuah rumah PR1MA dan banglo mewah.

Mereka terkejut dan macam tidak percaya kerana itu daripada sudut pandang golongan yang tidak berkemampuan. Tetapi bagi golongan yang mampu, tidak ada peliknya membeli jam tangan dan bag tangan mahal. Bagi saya, membeli jam tangan atau apa sahaja yang harganya macam tidak percaya bukanlah satu kesalahan.

Tengoklah berapa banyak golongan selebriti sama ada dalam dunia hiburan atau sukan di Barat yang boros berbelanja hingga ke peringkat tidak masuk akal. Semua itu tidak menjadi kesalahan.

Tetapi dalam hidup ini bukan perkara yang salah sahaja dihindari. Yang tidak digalakkan oleh agama juga patut dielakkan. Islam agama yang melarang pembaziran.

Walaupun sesetengah orang berkata definisi membazir itu sendiri adalah suatu yang subjektif, yang marhaen anggap membazir tetapi yang kaya anggap biasa sahaja. Cuma kita mengambil jalan tengah, kalau terlampau mahal anggap itu membazir.

Seorang ulama berkata kepada saya, janganlah membazir walaupun duit yang kita miliki itu kalau disusun panjangnya boleh sampai ke Mekah.


Memanglah banyak orang politik kita yang kaya dan hidup mewah. Seperti kata Usman Awang, “Gajiku sepasang kasut menteri." Itu rezeki masing-masing dan tidak dipertikai. Cuma tidak elok kalau membazir. Itu bukan teladan yang baik kepada rakyat. Apa lagi mereka sering menyuruh berjimat padahal rakyat tidak tahu apa lagi yang hendak dijimatkan.

Nukilan insan marhaen


Sunday, June 7, 2015

Kepupusan parti keramat Melayu ?

Apa dianya perjuangan Parti Melayu ini ? Setelah 400 tahun dijajah hanya apabila berhadapan dengan cadangan penjajah untuk negeri-negeri Melayu semuanya dicantum menjadi tanah jajahan British secara langsung melalui projek Malayan Union, maka baharulah timbul kesedaran di kalangan rakyat Raja-Raja Melayu bahawa tanpa sokongan mereka maka Raja-Raja akan dipaksa menyerah negeri-negeri kerdil mereka kepada British.

Jika enggan ada ramai ahli keluarga diRaja yang sanggup menandatangani perjanjian dan dilantik jadi Raja yang diiktiraf British.

Ini sudah pun berlaku dengan penyerahan Singapura kepada British. Dan sesungguhnya inilah cara ugutan Mac Michael kepada Raja-Raja Melayu.

Tetapi buat kali pertama, rakyat yang dilarang berpolitik, bangun bersatu tanpa mengira mereka rakyat Raja mana dan negeri mana.

Kearah penyatuan inilah yang persatuan-persatuan Melayu seluruh negeri-negeri berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Perjuangan mereka bukan untuk sesiapa. Tetapi tanpa pemimpin dan jurucakap perpaduan mereka tidak akan menjadi nyata. Maka dilantiklah Datuk Onn Jaafar sebagai kepala perjuangan keMelayuan.

Yang diutamakan pada masa itu ialah menggagalkan rancangan Malayan Union British.

Yang kedua oleh kerana Raja-Raja Melayu lemah apabila berhadapan dengan penjajah, maka kuasa mutlak Raja-Raja hendaklah dihadkan supaya suara rakyat akan menentukan nasib mereka dan negari-negeri Melayu.

Kerana pendirian rakyat yang tegas maka Raja-Raja bersetuju larangan terhadap rakyat berpolitik diketepikan.

Pendirian Raja-Raja dan rakyat Melayu merekalah yang menjadi asas politik Melayu dokongan UMNO.

Hasilnya ialah pembentukan perlembagaan yang meletakkan Raja-Raja sebagai kepala negeri dan negara tetapi pemerintahan dikuasai oleh rakyat melalui sistem demokrasi berparlimen.

UMNO sendiri menerima sistem demokrasi, terutama dalam menentukan kepimpinannya. Yang utama dalam UMNO ialah dasar perjuangannya. Dan dasar ini menekankan kemajuan bagi semua orang Melayu dan semua negeri melalui cara-cara yang akan ditentukan.

Pemimpin tidak boleh membelakangkan dasar perjuangan UMNO. Apabila Presiden UMNO yang pertama, Datuk Onn Jaafar dianggap membelakangkan dasar perjuangan UMNO, parti tidak teragak-agak menolak pendiriannya. Dan Datuk Onn pula menyedari akan amalan demokrasi, menganggap penolakan pendiriannya sebagai “undi tidak percaya” dengan senang hati melepaskan jawatannya.

Perkara yang sama berlaku kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra, walaupun tidak ada undi tidak percaya. Tunku berundur.

Inilah kelebihan sistem demokrasi. Di sesetengah negara percubaan dibuat untuk mengekalkan jawatan kerapkali melalui keganasan. Tetapi dalam demokrasi yang matang, peralihan kepimpinan licin tanpa merosakkan negara.

Umumnya budaya Barat yang mengutamakan hak individu lebih daripada hak orang ramai perlu ditolak.

Pemimpin yang cuba menukar perjuangan UMNO perlu ditegur. Jika tidak perjuangan akan lari jauh dari asas perjuangan Melayu. Sesungguhnya banyak sudah kesalahan yang berlaku dahulu kerana budaya Melayu yang tidak suka merentak hati pemimpin. Kemudian bermasalahlah mereka untuk menangani kesan kesalahan ini.

Ahli UMNO perlu bijak membeza antara pendekatan bagi menjayakan perjuangan UMNO dengan pendekatan yang akan mengubah perjuangan UMNO.

Semua ini mesti difahami oleh bakal ahli dan pemimpin UMNO. Jika mereka tidak tahu dan tidak faham, jika mereka anggap UMNO sebagai batu loncatan untuk kekayaan dan kuasa, adalah lebih baik jika berada diluar UMNO. Suarakanlah pendapat mereka di dalam negara yang bebas dan demokratik ini.

Ini bukan berkisar tentang siapa yang memimpin tetapi dasar perjuangan parti yang meletakkan agama, bangsa dan negara melebihi daripada individu itu sendiri. Tidak salah menegur jika kita lihat lebih banyak penyelewengan dan korupsi sebelum perkara ini di tegur oleh rakyat pada PRU14 nanti.

Adakah kita rela di tuduh kerana bersubahat di akhirat nanti ? Apakah kita bersedia untuk menjawab di hadapan Allah s.w.t. kerana bersekongkol dengan kepimpinan yang menggunakan wang negara untuk kepentingan peribadi ? Adakah kita sanggup parti keramat ini menjadi muzium dan terkubur ? Jangan kerana habuan wang ringgit kita mempertahankan individu sehingga membelakangkan prinsip perjuangan. Jika benar ia tetap benar tetapi jika salah ia tetap salah. Rakyat dahagakan jawapan dan jangan biarkan kehausan jawapan ini membuatkan rakyat menghukum parti ini.Jangan biarkan ketandusan jawapan memberikan racun buat parti ini yang di lihat dalam keadaan amat nazak sekali. Cepat berikan jawapan sebelum racun ini memakan diri. Jangan biarkan jawapan "tunggu" membuatkan rakyat menghukum kita di masa yang kian suntuk sehingga KERIS 2314 hanya mampu di ingati sebagai kursus terakhir buat parti keramat ini.

Tidak kira siapa yang memimpin perlu ikhlas dan jujur dalam menentukan hala tuju dan survival parti keramat ini. Pemimpin datang dan pergi perjuangan kekal abadi.


Friday, June 5, 2015

Cabaran terakhir Melayu Islam

Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita jangan sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier, sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.Kita bangkit pertahankan agama Islam.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.